Penawanan Babylonia
Penawanan Babylonia

Penawanan Babylonia

Penawanan Babylonia atau pembuanganan ke Babylon dalam sejarah Yahudi adalah zaman yang mana ramai orang Yudea dari Kerajaan Yehuda purba dipaksa berpindah ke Babylonia oleh Empayar Babylon Baru.[1] Pengusiran berlaku dalam pelbagai gelombang: Selepas pengepungan Baitulmuqaddis pada 597 SM, lebih kurang 7000 individu telah diusir ke Mesopotamia. Lebih ramai lagi diusir selepas kemusnahan Baitulmuqaddis dan Kuil Sulaiman pada 587 SM.[1]Dalam riwayat Alkitab, selepas Pertempuran Karkemis pada 605 SM, raja Babylonia Nebukadnezar II mengepung Baitulmuqaddis, yang kemudian menyebabkan raja Yudea Yoyakim perlu membayar ufti.[2] Pada tahun keempat pemerintahan Nebukadnezar II, Yoyakim enggan membayar lagi ufti, mencetuskan lagi pengepungan kota itu pada tahun ketujuh pemerintahan Nebukadnezar II (598/597 SM) yang memuncak dengan kematian Yoyakim dan pembuangan pengganti baginda Yekonia, seisi istana dan ramai orang ke Babylonia; Pengganti Yekonia, Zedekia dan lain-lain dibuang negeri apabila Nebukadnezar II memusnahkan Baitulmuqaddis pada tahun ke-18 (587 SM), dan pengusiran berlaku lagi pada tahun ke-23 pemerintahan Nebukadnezar II (582 SM). Walau bagaimanapun, tarikh, bilangan pengusiran, dan bilangan orang yang diusir berbeza-beza mengikut riwayat Alkitab.[3][4]Alkitab menceritakan selepas Empayar Babylon Baru jatuh ke kuasa Empayar Hakhamaniyah dalam Pertempuran Opis pada 539 SM, orang Yudea dibenarkan oleh Parsi untuk kembali ke Yehuda.[5][6] Menurut Kitab Uzair dalam Alkitab, pembinaan Bait Kedua di Baitulmuqaddis bermula s. 537 SM di Yehud Medinata, wilayah baru Parsi. Seluruh peristiwa ini penting dalam sejarah dan budaya bangsa Yahudi dan telah banyak memberi kesan terhadap agama Yahudi.[1]Kajian arkeologi mendedahkan walaupun kota Baitulmuqaddis telah musnah, bahagian-bahagian lain Yehuda terus didiami semasa zaman pembuangan. Rekod sejarah dari Mesopotamia dan sumber Yahudi menunjukkan sebahagian besar penduduk Yahudi pilih untuk terus tinggal di Mesopotamia. Ini akhirnya menyebabkan pemapanan komuniti Yahudi yang agak besar di Mesopotamia, yang dinamakan <i id="mwQw">golah</i> (penyebaran), yang berterusan sehingga zaman moden.[1] Masyarakat Yahudi Iraq, Yahudi Parsi, Yahudi Georgia, Yahudi Bukhara, dan Yahudi Gunung dipercayai datang daripada keturunan golongan yang dibuang negeri ini; banyak komuniti ini kini telah berhijrah ke Israel.[7][8]

Rujukan

WikiPedia: Penawanan Babylonia https://books.google.com/books?id=Qjkz_8EMoaUC&pg=... https://books.google.com/books?id=Xx9YzJq2B9wC&pg=... https://foreignpolicy.com/2019/10/19/when-iran-wel... http://www.biu.ac.il/js/rennert/history_4.html https://ms.wikisource.org/wiki/A_Practical_Comment... https://www.wikidata.org/wiki/Q175447#identifiers https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb11954206g https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb11954206g http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NL... https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh85070401